Apple Tidak Tahu Bila Isu Bekalan iPhone Duo Akan Berakhir
Effi Saharudin
Bulan lalu iPhone Duo telah dilancarkan di Malaysia dan jika anda gagal melakukan prapesanan awal, peranti hanya akan tiba ke tangan anda pada penghujung Januari 2027 jika dibeli sekarang. Permintaan untuk telefon lipat pertama Apple sangat luar biasa sehingga semua stok awal peranti habis dijual.

Pagi ini Apple mengumumkan laporan kewangan untuk suku yang lalu. Dalam sesi soal jawab, Ketua Operasi Apple, Sabih Khan berkata pengeluaran sedang dipertingkatkan tetapi syarikat sukar meramalkan bila bekalan akan mampu memenuhi permintaan. Apple mengesahkan permintaan untuk iPhone Duo adalah luar biasa dengan stok awal habis dalam masa beberapa jam selepas jualan bermula.
Isu bekalan ini berlaku kerana kesukaran mendapatkan bekalan disebabkan oleh krisis RAM. CEO John Ternus berkata syarikat menjangka harga memori akan meningkat lagi pada suku Disember dan seterusnya. Oleh sebab itu sebagai langkah persediaan Apple telah meningkatkan inventori.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.