Affinity Versi iPad Kini Boleh Dimuat Turun Secara Percuma
Canva kini menawarkan aplikasi suntingan grafik Affinity di iPad dengan versi mudah alih ini tiba selepas setahun versi desktop dilancarkan. Seperti di desktop, Affinity di iPad juga boleh dimuat turun secara percuma.

Affinity di iPad membolehkan penghasilan lukisan, grafik vektor, suntingan gambar dan melakukan susun atur dokumen dalam satu aplikasi yang lengkap. Pengguna mengakses ciri ini menerusi mod Sketch Studio, Vector Studio, Pixel Studio dan Layout Studio.
Kerana ia dibangunkan untuk iPad, ciri Apple Pencil Pro seperti Barrel Roll, Squeeze, Hover dan pengesanan condong serta tekanan disokong sepenuhnya. Versi percuma menyokong fungsi asas yang diperlukan untuk menghasilkan karya digital.
Versi berbayar pula memberikan ciri tambahan disokong kecerdasan buatan (AI) seperti menaikkan resolusi gambar, mengurangkan hingar dan mengembangkan kawasan gambar.
Sumber – Affinity for iPad