TuJu Dikemaskini Dengan Penyelesaian Sementara – Membawa Pengguna Ke Aplikasi Google Maps
Aman
Aplikasi TuJu sedia menempa nama sejak beberapa minggu kebelakangan ini, selari dengan pengharaman Waze untuk digunakan oleh penjawat awam. Sejak daripada itu, TuJu dilihat menghadapi masalah teknikal dalam membolehkan pengguna menggunakannya untuk navigasi.
Untuk mengatasi perkara berkenaan, TuJu sebelum ini telah menjanjikan kemaskini untuk aplikasi berkenaan dalam masa dua minggu lagi.

Sementara menantikan kemaskini berkenaan, kini TuJu turut dilihat telah menawarkan kemaskini kecil, yang mana membawa pengguna ke aplikasi Google Maps untuk tujuan navigasi. Buat masa ini, perkara ini telah diaktifkan melalui kemaskini untuk aplikasi TuJu di Android, dimana apabila anda menekan butang navigasi, ia keluarkan notifikasi yang akan membuka aplikasi Google Maps.
Sebelum ini, aplikasi TuJu dilihat menghadapi masalah teknikal dan tidak memaparkan sebarang data lokasi apabila melakukan carian, disamping arah perjalanan yang tidak betul. Sama-sama kita berharap agar segala masalah teknikal TuJu dapat diselesaikan dan membolehkan pengguna menggunakan dan menikmati pengalaman penuh TuJu tanpa perlu ke aplikasi lain.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.