CapCut Kini Digunakan Lebih 700 Juta Pengguna Setiap Bulan
Aman
CapCut merupakan salah satu aplikasi penyunting video yang popular, dan mempunyai angka pengguna yang ramai. Ia telah beroperasi selama sekitar 6 tahun, dan dimiliki oleh syarikat induk sebalik TiKTok, iaitu ByteDance.

Berkongsi melalui acara CapCut World baru-baru ini, pihak CapCut menyatakan kini mereka mempunyai lebih 700 juta pengguna aktif setiap bulan, yang menggunakannya di lebih 170 buah negara. Ini sekaligus memposisikan ia sebagai salah satu aplikasi dan perisian yang digunakan secara meluas oleh ramai pengguna seluruh dunia. Sebagai perbandingan kasar, Canva hanya mempunyai sekitar 265 juta pengguna aktif bulanan.
CapCut juga baru-baru ini telah mengumumkan akan menawarkan pemalam untuk ChatGPT, sekaligus lebih memudahkan proses penyuntingan video menggunakan aplikasi dan arahan berasaskan teks.
Untuk makluman, selain CapCut, Meta sendiri kini dalam usaha sedang membangunkan perisian penawaran mereka tersendiri dinamakan Edits. Buat masa ini, Edits ditawarkan dalam bentuk aplikasi, tetapi dijangka ditawarkan untuk desktop dalam masa terdekat.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.