CelcomDigi Tawar Pas Perayauan Umrah Dengan Data 100GB Pada Harga RM100
Amy Maizuraa
Jika anda merancang untuk menunaikan umrah dalam masa terdekat, CelcomDigi kini menawarkan pas perayauan Umrah 15 bagi memudahkan anda kekal dalam talian sepanjang berada di tanah suci.

Pada harga RM100 untuk tempoh sah selama 15 hari, pas ini menawarkan 100GB data berkelajuan tinggi, internet tanpa had pada kelajuan 1Mbps, 30 minit panggilan keluar serta panggilan masuk tanpa had dari Malaysia. Selain Arab Saudi, liputan pas ini turut merangkumi UAE, Qatar, Turkiye, Oman dan Kuwait. Ini membolehkan pengguna kekal menikmati akses internet sekiranya mempunyai transit atau meneruskan perjalanan ke destinasi lain di rantau Timur Tengah selepas menunaikan umrah.

Bagi memudahkan perancangan perjalanan, pas ini boleh ditempah lebih awal menerusi aplikasi CelcomDigi. Dalam masa yang sama, mereka yang belum menggunakan rangkaian CelcomDigi boleh mendapatkan Pek eSIM Umrah menerusi kedai rasmi dan pengedar sah di seluruh Malaysia.