AWS Malaysia Mengumumkan Semarak AI Untuk Penjawat Awam, Pelajar Dan Syarikat Tempatan
Ikhwan Nazri
Bulan ini genap 10 tahun AWS bertapak di Malaysia, bermula dengan pejabat kecil sehinggalah pejabat besar seiring penawaran mereka untuk pasaran tempatan. Di acara AWS Malaysia Cloud & AI Day Kuala Lumpur, mereka menawarkan inisiatif terbaru dinamakan Semarak AI bagi menyemarakkan penggunaan AI dikalangan rakyat tempatan.

Terdapat tiga fokus utama iaitu AI Negara untuk penjawat awam, AI Ekonomi untuk syarikat dan juga AI Rakyat untuk rakyat. Bermula denan AI Negara, Kementerian Digital melancarkan GovHub yang dikuasakan Kiro. Menerusinya, seramai 445,000 penjawat awam akan menerima akses Amazon Quick bagi melengkapkan tugasan dikuasakan AI. Ini sekaligus boleh meningkatkan produktiviti penjawat awam.
Seterusnya fokus AI Ekonomi untuk syarikat dimana AWS menyasarkan sekitar 10,000 PMKS menggunakan AI menjelang tahun 2025 dibantu dengan rakan kerjasama vendor tempatan seperti VSTECS, MOTCHi Technologies, dan juga menerusi program berkaitan perniagaan dan startup, seperti Sarawak SaaS Accelerator yang melihatkan kerjasama diantara AWS dan juga Sawarak Digital Economy Corporation. Menerusi inisiatif ini, sebanyak 20 syarikat perisian yang memfokuskan industri di negeri Sarawak menerima kredit AWS Cloud serta bimbingan teknikal dari AWS.

Fokus Semarak AI yang ketiga adalah AI Rakyat menerusi kerjasama dengan pelbagai pihak terutamanya industri pendidikan. Sebanyak 3,000 pelajar dan juga pensyarah dari Politeknik dan Kolej Komuniti telahpun menyertai pertandingan POLYCC Agentic AI League 2026 dan menggunakan Kiro sebagai komponen peengaturcaraan yang utama. Malah AWS juga telah menyertai ‘Sekolah Angkat MADANI’ dengan sekolah pertamanya adalah Sekolah Kebangsaan Datuk Keramat (1), dimana AWS akan menaiktaraf kemudahan digital dan STEM, serta akan melatih cikgu dalam subjek pengaturcaraan dan juga robotik.

Dengan pelancaran inisiatif Semarak AI, banyak sasaran telah ditetapkan menjelang 2028 dengan faedahnya yang bakal merangkumi segenap lapisan masyarakat. Inisiatif Semarak AI ini juga merupakan satu komitmen bernilai RM 29.2 Bilion dari AWS bagi memajukan landskap digital Malaysia.