Sebanyak 117 Pusat Data Telah Diluluskan Di Malaysia – Memerlukan Tenaga Sehingga 23.5 GW
Ikhwan Nazri
Di acara AWS Malaysia Cloud & AI Day 2026 hari ini, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri MITI melancarkan Semarak AI, dan pada masa yang sama turut berkongsi mengenai pertumbuhan pusat data di Malaysia. Pusat data merupakan satu infrastruktur penting pada masa kini dengan pertumbuhan teknologi awan dan juga AI. Berkongsi mengenainya, beliau mengatakan mengikut senarai pusat data yang telah diluluskan untuk beroperasi di Malaysia, akan memerlukan tenaga sehingga 23.5 GW (23,500MW) untuk beroperasi.

Dari jumlah maksimum keperluan tenaga setinggi 23.5 GW sebanyak 117 pusat data dibenarkan beroperasi, dengan 55 daripadanya telahpun beroperasi, 19 lagi sedang dibina, dan 16 lagi sedang berada di fasa perancangan. Sebanyak 27 darinya pula dalam fasa berbeza masih dalam pembangunan, namun telah menerima kebenaran untuk menggunakan tenaga diuar Grid Nasional.

Pertumbuhan Malaysia dalam infrastruktur pusat data semakin pesat, dengan pelaburan sebanyak RM218.5 bilion telah direkodkan untuk pertengahan tahun pertama 2026. Lebih dari itu, dua daripada 10 pusat data AI paling berkuasa di dunia juga terletak di Malaysia, menandakan kepentingan negara dalam mengukuhkan industri sebegini.