Honor Dilaporkan Sedang Bangunkan Telefon Dengan Bateri 15,000 mAh
Effi Saharudin
Berapakah saiz bateri pada telefon anda sekarang? Jika sekadar 5000 mAh, ianya akan menjadi kerdil jika dibandingkan dengan bateri sebuah peranti baharu yang sedang dibangunkan Honor. Menurut Digital Chat Station, Honor dalam fasa menghasilkan telefon dengan bateri antara 14,000 – 15,000 mAh.

Bateri ini dijangka memberikan hayat penggunaan sehingga seminggu sebelum boleh dicaj. Ini membawakan semula era telefon mudah alih Nokia lebih dua dekad lalu yang juga boleh bertahan seminggu. Selain bateri yang besar, ia juga dipercayai akan menyokong pengecasan 90W secara berwayar.
Honor telahpun menjual telefon Win RT 2 dengan bateri 12,070 mAh tahun ini. Makan untuk melompat ke 15,000 mAh dilihat bukanlah sesuatu yang mustahil. Di Malaysia, Honor X9e Pro ialah telefon dengan bateri terbesar berkapasiti 11,000 mAh.
Sumber – Gizmochina
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.