MKN Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
Aman
Majlis Keselamatan Negara kini memaklumkan yang mana telah meningkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara daripada Rendah kepada Sederhana. Ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga susulan perkembangan keselamatan semasa, dalam memastikan perkhidmatan penting negara terus terlindung daripada sebarang kemungkinan gangguan.
Perkongsian ini hadir selari dengan kenyataan Perdana Menteri di Parlimen baru-baru ini berkaitan dengan kesiapsiagaan keselamatan negara dalam menghadapi perkembangan konflik geopolitik serta ketegangan keselamatan serantau dan antarabangsa.
Semua entiti infrastruktur maklumat kritikal negara turut ditetapkan untuk melaksanakan sembilan tindakan kesiapsiagaan keselamatan siber, termasuk pemantauan 24 jam, tampalan sistem, pengesahan pelbagai faktor dan pengemaskinian Pelan Kesinambungan Perkhidmatan.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.