Nothing Mengacah Pengenalan Peranti AI Pertama Pada Disember Ini
Aman
Nothing kini secara rasminya mengacah pengenalan peranti AI pertama mereka pada bulan hadapan, Disember 2026. Apakah yang bakal dilancarkan masih tidak diketahui, tetapi ia diacah seolah akan membawa kepada evolusi seterusnya dalam peranti kepada pengguna.

Apakah yang bakal dilancarkan masih menjadi tanda tanya. Sebelum ini, beberapa peranti memfokuskan AI telah dilancarkan, tetapi gagal mendapatkan perhatian ramai kerana penawaran cirinya tidak begitu berbeza berbanding aplikasi pada telefon pintar.
Untuk Nothing sendiri, mereka telah mengintegrasikan beberapa ciri menggunakan AI pada sistem operasi mereka dalam memudahkan pengguna kustomasi peranti mengikut penggunaan. Dengan Nothing yang sentiasa hadir dengan rekaan peranti menarik, semestinya ramai akan menantikan bagaimanakah peranti AI pertama Nothing akan kelihatan, dan apakah yang akan ditawarkan olehnya. Sama-sama kita nantikan kejutan yang disediakan Nothing pada Disember 2026 ini.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.