Huawei Dilaporkan Sedang Bangunkan Sub-Jenama Baharu β OSTA
Aman
Huawei sebelum ini mempunyai sub-jenama mereka, Honor yang kemudiannya diasingkan menjadi entiti berasingan. Kini, Huawei dilaporkan sedang membangunkan satu lagi sub-jenama baharu yang bakal diperkenalkan dalam masa terdekat, dikenali dengan nama βOSTAβ.
OSTA dikatakan akan memperkenalkan dua telefon pintar baharu, iaitu Osta O1 dan juga Osta O1 Pro. Untuk O1 Pro, ia dikatakan akan lebih menyerupai kepada Huawei Pure X View sebelum ini.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi pasaran manakah yang akan ditawarkan dengan jenama Osta ini. Pengenalan sub-jenama ini juga dilihat hadir selari dengan Huawei yang sebelum ini menyasarkan untuk memfokuskan kembali pasaran global seawal 2027 kelak dalam usaha mengejar kembali pegangan pasaran mereka seperti sebelum ini.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.