Diskaun Tol 50% Diberikan Pada 6 Dan 7 November 2026
Amy Maizuraa
Menjelang sambutan Deepavali hujung minggu ini, ada berita baik untuk mereka yang merancang pulang ke kampung halaman atau meluangkan masa bersama keluarga. Kerajaan mengumumkan diskaun tol sebanyak 50% pada 6 dan 7 November 2026 bagi membantu mengurangkan kos perjalanan sepanjang musim perayaan. Diskaun tersebut akan berkuat kuasa bermula jam 12.01 tengah malam Jumaat hingga 11.59 malam Sabtu.

Pemberian diskaun ini melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1 di seluruh Malaysia. Pengguna Jambatan Pulau Pinang yang menggunakan kenderaan Kelas 2 turut menikmati kadar diskaun yang sama, kecuali di beberapa laluan sempadan seperti Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar dan Plaza Tol Tanjung Kupang. Menurut Kementerian Kerja Raya, kos pelaksanaan inisiatif tersebut akan ditanggung oleh kerajaan menerusi pembayaran pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat.

Seperti kebiasaan musim perayaan, orang ramai disarankan merancang perjalanan lebih awal dan memastikan baki Touch ‘n Go atau eWallet mencukupi sebelum memulakan perjalanan. Walaupun aliran trafik dijangka meningkat sepanjang hujung minggu perayaan, diskaun tol ini sekurang-kurangnya memberikan sedikit penjimatan kepada pengguna lebuh raya.