Bank Islam Maklumkan Isu BIMB Mobile Pada Android 17 – Pengguna Disarankan Tangguh Kemas Kini
Bank Islam mengesahkan bahawa BIMB Mobile versi 2.10.1 berdepan masalah teknikal pada peranti Android 17. Susulan itu, pengguna yang belum mengemas kini aplikasi berkenaan dinasihatkan supaya menangguhkan kemas kini sehingga penyelesaian disediakan.

Menurut Bank Islam, masalah itu hanya melibatkan BIMB Mobile versi 2.10.1 dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca serta langkah pembaikan yang diperlukan. Buat masa ini, pelanggan yang telah mengemas kini aplikasi berkenaan masih boleh menggunakan BIMB Web untuk meneruskan urusan perbankan seperti biasa.
Gangguan ini boleh menimbulkan kesulitan kepada pengguna Android 17 yang bergantung kepada BIMB Mobile untuk urusan perbankan harian. Meskipun BIMB Web masih boleh digunakan sebagai alternatif, ia tidak menawarkan tahap kemudahan yang sama seperti aplikasi mudah alih. Pada masa yang sama, Bank Islam masih belum menyatakan tempoh penyelesaian bagi masalah tersebut.
Sumber: Facebook
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.