Poco X8s Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Serendah RM1,399
Amy Maizuraa
Poco X8s kini rasmi di Malaysia. Ia hadir dengan spesifikasi dipertingkat merangkumi prestasi, kamera dan paparan bagi memenuhi keperluan pengguna moden.

Poco X8s menggunakan skrin CrystalRes AMOLED 6.35 inci dengan kadar segar semula 120Hz, ketumpatan piksel 460ppi serta sokongan HDR10+ dan Dolby Vision. Ini dipadankan dengan cip Snapdragon 7 Gen 4 bersama memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. Ia juga dilengkapi sistem penyejukan POCO 3D IceLoop untuk pengurusan haba yang lebih cekap.

Seterusnya, sistem kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP Light Fusion 800, telefoto 50MP dan ultra lebar 8MP, di samping swafoto 20MP. Bateri berkapasiti 6,330mAh turut disediakan dengan pengecasan pantas 100W serta berbalik 22.5W. Spesifikasi lain merangkumi pengimbas cap jari ultrasonic bawah skrin, penarafan IP68, pembesar suara stereo, sistem tiga mikrofon serta sistem operasi Xiaomi HyperOS 3.

Bagi yang berminat, Poco X8s ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu 8GB + 256GB pada harga RM1,899 dan 12GB + 512GB pada harga RM2,099. Namun, peranti ini boleh didapati pada harga promosi RM1,399 (8GB + 256GB) dan RM1,699 (12GB + 512GB) sepanjang tempoh promosi dari 10 hingga 25 November 2026.