Spotify Mengaktifkan Akses Audiobooks Untuk Pengguna Malaysia – Langganan Tambahan Audiobooks+ Berharga RM17.50 Sebulan
Aman
Spotify kini telah mengaktifkan akses buku audio atau Spotify Audiobook+ untuk pengguna Malaysia, sekaligus membolehkan pengguna mengakses buku audio terus melalui aplikasi penstriman muzik berkenaan. Dengan langkah ini, selain muzik dan podsiar, pengguna turut boleh mendengar bacaan buku melalui aplikasi Spotify.

Berbeza dengan penawaran tanpa had untuk muzik, untuk Audiobook, Spotify mengehadkan akses. Bagi langganan Audiobooks+ pengguna akan menerima akses selama 15 jam untuk mendengar buku audio pada akaun masing-masing. Jam yang tidak didengar akan luput pada penghujung setiap bulan langganan. Katalog yang ditawarkan agak besar, dan menyertakan ribuan buku dibawah pangkalan data Spotify Audiobooks+.
Langganan yang dikenakan untuk Audiobooks+ adalah di atas langganan Spotify Premium, dengan tambahan sebanyak RM17.50 sebulan. Sekiranya anda melanggan Spotify Premium dan Audiobooks+, maka anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM35 sebulan.