Apple Dilaporkan Ingin Menjadikan Siri Lebih Kepada AI Berejen Seumpama Meta Muse Seawal 2027
Aman
Apple pada awalnya menjanjikan Siri AI sekitar dua tahun lepas, namun ia mengalami kelewatan. Walaupun telah diperkenalkan secara rasminya melalui iOS 27, ia masih terhad di beberapa buah negara, dan masih tidak ditawarkan di Malaysia lagi setakat ini.

Kelewatan ini membuatkan Apple masih jauh ketinggalam dalam arena AI. Untuk tahun ini, syarikat seperti Meta telah memperkenalkan penawaran AI berejen mereka Muse, SpaceXSI dengan Grok Bot, dan OpenAI dengan Dots. Apple turut ingin menawarkan pengalaman dan fungsi lebih kurang sama secara terbina pada iPhone melalui Siri.
Bloomberg kini melaporkan Apple akan memperkenalkan penawaran lebih kurang sama melalui Siri seawal 2027 kelak, membolehkan pengguna mengautomasikan sejumlah tugasan terus menggunakan telefon pintar iPhone.
Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan perkembangan Siri seterusnya, dan apakah kejutan yang disediakan oleh Apple untuk kemaskini iOS pada 2027 kelak.