Apple Kini Mengatasi NVIDIA Sebagai Syarikat Paling Bernilai Di Dunia
NVIDIA kini dilanda dengan skandal Jensen Huang, dimana ia disahkan CEO NVIDIA berkenaan melakukan hubungan sulit bersama seorang wanita yang didakwa merupakan perisik untuk China. Selari dengannya juga, harga saham NVIDIA mengalami kejatuhan, disamping sejumlah pihak yang ingin melakukan siasatan terhadap NVIDIA.

Perkara ini sekaligus membuatkan syarikat NVIDIA yang bernilai melangkaui $5 trilion sebelum ini menyusut nilainya disebabkan kejatuhan harga saham. Mengikut angka semasa, NVIDIA bernilai sekitar $4.3 trilion dan menjadi syarikat kedua terbesar dibelakang Apple. Apple pula kini dinilaikan sekitar $5.096 trilion.
Dengan keadaan semasa melibatkan NVIDIA, ia tidak diketahui lagi sama ada harga sahamnya akan terus merudum atau bagaimana.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.