Rekaan Telefon Pertama OSTA Kini Tertiris Ke Arena Web β Sub-Jenama Baharu Huawei
Aman
Huawei sedia dilaporkan sedang dalam persiapan memperkenalkan sebuah sub-jenama baharu mereka, berkemungkinan dinamakan OSTA. Sebanyak dua model telefon dijangka diperkenalkan selari pengenalan jenama berkenaan, iaitu OSTA S1 dan juga OSTA S1 Pro.

Selari perkembangan berkenaan, kini hadir tertiris ke arena web adalah OSTA S1 Pro, iaitu telefon pintar dengan rekaan lebar, dan hadir dengan tiga pilihan warna berbeza. Ia juga menggunakan gambar latar yang mengeja nama baharu, βOSTAβ.
Mengikut desas-desus, ia dijangka hadir dengan skrin 6.39-inci dan menawarkan nisbah peranti 16:9.5, dan hadir dengan pilihan storan sehingga 1TB. Untuk makluman, Huawei juga mempunyai penawaran lebih kurang sama, iaitu Huawei Pura X View.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan pelancaran rasmi OSTA oleh Huawei dalam masa terdekat ini.