Memory Summary Di Google Gemini Memberikan Ringkasan Maklumat Yang Diketahui Mengenai Anda
Effi Saharudin
Google Gemini sudah dilancarkan selama beberapa tahun dan ia menyimpan maklumat peribadi setiap pengguna. Bagi mereka yang tidak memadam sejarah seperti saya kerana ia diperlukan untuk Gemini Intelligence, Gemini kini mempunyai tab baharu “Memory Summary”.

Dalam pilihan ini anda boleh melihat apakah maklumat peribadi yang diketahui Gemini mengenai diri anda berdasarkan aktiviti lampu yang disimpan. Ia dibahagian kepada kategori The Essentials, Technology & Hardware, Gaming & Entertainment, AI & Creative Projects dan Travel & Lifestyle.

Anda boleh menyemak sendiri sama ada maklumat yang disimpan adalah tepat. Sekiranya wujud kesilapan anda boleh meyuntingnya sendiri secara manual menggunakan ikon pensel yang tersedia. Anda turut boleh menambah sendiri maklumat yang dirasakan perlu diketahui misalnya alah kepada kacang, lebih gemar menggunakan Android atau warna kegemaran misalnya.
Seperti biasa anda juga boleh memadam maklumat yang tidak mahu disimpan oleh Memory Summary. Ciri Memory Summary boleh diakses oleh pelanggan Google AI dalam Bahasa Inggeris sahaja ketika ini
Sumber – Memory Summary.