Starlink Mini 2 Dilengkapi Bateri Untuk Menjadi Lebih Mudah Alih
Effi Saharudin
Starlink melancarkan Starlink Mini 2 hari ini dengan ia merupakan set antena baharu yang membolehkan rangkaian internet satelit diakses di mana-mana sahaja tanpa bekalan kuasa elektrik. Ia hadir dengan bateri terbina membolehkan Mini 2 digunakan sehingga 4.5 jam dengan sekali caj. Bateri boleh ditanggalkan untuk digantikan dengan pek bateri baharu.

Ia menjadi produk pertama Starlink yang tidak memerlukan sambungan kepada bekalan palam elektrik. Tetapi ia masih boleh digunakan dengan kabel kuasa USB-C dan hadir dengan pengecas 60W. Keseluruhan Mini 2 melepasi piawaian IP67 dan ia hanya setebal 27.1 mm. Dengan saiz yang nipis, ia mudah dibawa ke mana-mana.

Mini 2 turut menyokong Wi-Fi 6 dengan ia boleh menawarkan rangkaian internet nirwayar dalam kawasan seluas, 167 m² ( 1,800 ft² kaki persegi). Pada waktu ini Mini 2 hanya ditawarkan kepada pelanggan yang menerima jemputan sahaja. Harga di Starlink Mini 2 di Malaysia belum lagi diumumkan.