Dami iPhone Air 2 Mengesahkan Ia Akan Dilengkapi Dwikamera
Effi Saharudin
Dami iPhone Air 2 dan iPhone 18 yang dihasilkan untuk pengeluar kerangka telah tertiris ke arena web pagi ini menerusi Smart Pikachu. Berdasarkan dami yang tertiris ini, ia mengesahkan perubahan pada sistem kamera iPhone Air 2 manakala iPhone 18 pula mengekalkan rekaan sedia ada.

iPhone Air 2 kini mempunyai dwikamera utama di bahagian belakang dengan ia mirip dengan digunakan pada iPhone Duo. Tahun lalu iPhone Air dikritik kerana hanya dilengkapi satu kamera lensa lebar walaupun dijual pada harga yang premium. Selain dwikamera, sebelum ini dikhabarkan Apple turut akan meningkatkan kapasiti bateri pada iPhone Air 2.
Pada iPhone 18 tiada perubahan ketara dapat dilihat. Masih dengan dwikamera tetapi disusun menegak. Saiz iPhone 18 juga sama dengan iPhone 18 berdasarkan kedua-dua dami yang tertiris. Bagi yang menanti pelancaran kedua-dua peranti, Apple dijangka melancarkan awal tahun depan.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.