Adobe Umum Integrasi MCP Pada Photoshop, Illustrator, Premiere, After Effects dan Banyak Lagi
Effi Saharudin
Di acara Adobe Max yang berlangsung semalam, Adobe mengumumkan perisian Photoshop, Illustrator, Premiere, After Effects, Lightroom, Firefly, InDesign dan Frame.io akan menyokong integrasi MCP secara menyeluruh. MCP ataupun Model Context Protocol membenarkan kecerdasan buatan (AI) dan agen menggunakan pelbagai aplikasi luaran bagi menyiapkan tugas yang diberikan pengguna.

Selepas ini ejen AI boleh diarahkan untuk menyunting fail yang disimpan di dalam PC seperti menukar teks dalam fail Photopshop atau mengintegrasikan grafik tersedia dalam video Premiere. Jika AI yang digunakan turut disambung kepada perkhidmatan seperti Google Drive dan Slack misalnya, ia akan memuat turun fail daripada Drive sebelum melakukan suntingan dan kemudian menghantar suntingan yang sudah lengkap menerusi Slack.
Integrasi MCP akan diberikan kepada pelanggan Creative Cloud pada awal 2027.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.