Firefox Menawarkan Penggunaan VPN Percuma Tanpa Had Sehingga Januari 2027
November 11, 2026
Aman
Mozilla kini hadir dengan promosi menarik dalam mengalakkan lebih ramai menggunakan pelayar web Firefox. Bermula kini sehingga 31 Januari 2027 kelak, pengguna diberikan akses percuma kepada VPN tanpa had data.

Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu log masuk ke pelayar web Firefox menggunakan akaun Mozilla, dan seterusnya menikmati ciri VPN terbina pada pelayar web berkenaan.
Ciri VPN memberikan perlindungan lebih privasi kepada pengguna ketika melayari web, termasuk membolehkan anda mengubah lokasi pelayaran yang dihantar ke pelayan. Ciri VPN percuma ini ditawarkan untuk pengguna Firefox di desktop dan juga Android.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.