ChatGPT Perkenal Profil Bisnes – Memudahkan Bisnes Dan Jenama Lihat Interaksi Yang Berlaku Di ChatGPT Melibatkan Mereka
Aman
OpenAI kini memperkenalkan profil perniagaan atau profil bisnes pada ChatGPT, sekaligus membolehkan pelbagai jenama, perniagaan dan syarikat untuk mengaktifkan profil mereka, dan seterusnya melihat interaksi yang berlaku di ChatGPT melibatkan perniagaan masing-masing.

Buat masa ini, ciri ini masih berasaskan jemputan awal. Namun, anda boleh ke halaman ChatGPT, dan seterusnya tuntut profil anda. Kelak, anda juga boleh melakukan penyuntingan berkenaan data atau informasi perniagaan anda, sekaligus mengawal bagaimana info berkaitan perniagaan anda dipaparkan di ChatGPT.
Langkah ini juga dilihat akan menjadikan penawaran ini seumpama profil perniagaan di Google, sekaligus memudahkan pengguna mengetahui data melibatkan syarikat mereka yang berlaku melibatkan interaksi di platform ChatGPT.
Bagi anda yang mempunyai profil perniagaan dan ingin tuntut di ChatGPT, boleh ke halaman rasmi ChatGPT Business hari ini.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.