NVIDIA Dilaporkan Ingin Menyingkirkan CEO Jensen Huang
Aman
Ahli lembaga NVIDIA kini dilaporkan dalam perancangan untuk membuang atau menyingkirkan Jensen Huang daripada jawatan CEO syarikat berkenaan. Hal ini lanjutan daripada laporan baharu yang mengatakan Jensen Huang turut mempunyai hubungan sulit bukan sahaja melibatkan wanita yang disyaki sebagai perisik China, tetapi juga turut melibatkan salah seorang pekerja dalaman NVIDIA, iaitu timbalan presiden bahagian kesihatan di NVIDIA.

Sekiranya benar, maka ia akan memperlihatkan kekosongan dan keperluan mencari pengganti kepada Jensen Huang dalam mengemudi NVIDIA yang kini menjadi salah satu syarikat utama dengan perkembangan kecerdasan buatan.
Buat masa ini, pihak NVIDIA masih tidak mengeluarkan komen rasmi berkaitan perkara ini. Nilai syarikat NVIDIA sendiri menyusut sejak pendedahan hubungan sulit Jensen Huang dengan wanita disyaki perisik China berkenaan, kini membuatkan syarikat yang pernah bernilai lebih $5 trilion berkenaan jatuh ke tangga kedua syarikat paling bernilai dunia, dan kini bernilai sekitar $4.1 trilion.