Rekaan Peranti AI Nothing Mula Dikongsi Menerusi Video Promosi Terkini
Amy Maizuraa
Nothing mula berkongsi video acah baharu yang memperlihatkan reka bentuk peranti AI pertamanya menjelang pelancaran rasmi pada Disember 2026. Peranti ini hadir dengan rekaan ringkas tanpa skrin yang menyerupai alat kawalan jauh bersaiz kecil.

Kehadiran butang rakaman dan mikrofon memberi petunjuk bahawa peranti ini mungkin membolehkan pengguna berhubung secara terus dengan pembantu AI tanpa memerlukan skrin seperti telefon pintar. Ia turut dilengkapi dua lampu LED berwarna hijau dan merah pada bahagian hadapan. Meskipun fungsi sebenar kedua-duanya masih belum didedahkan namun lampu tersebut dipercayai digunakan sebagai penunjuk status rakaman atau maklum balas daripada sistem AI.

Dalam kemas kini yang sama, Carl Pei turut menyertakan kapsyen “Context doesn’t live in a chat box” yang memberi bayangan bahawa peranti tersebut dibangunkan untuk menawarkan pengalaman AI yang berbeza. Bagaimanapun, Nothing masih belum mendedahkan fungsi sebenar peranti itu dan hanya menyatakan bahawa ia memerlukan perkakasan khusus bukannya sekadar aplikasi telefon pintar.