Elon Musk Dilihat Terbuka Untuk Ambil Jensen Huang Bekerja
Aman
Awal pagi ini, ia dilaporkan ahli lembaga pengarah sedang pertimbang untuk membuang Jensen Huang daripada menjadi CEO NVIDIA, selari laporan yang memperlihatkan Jensen Huang melakukan hubungan sulit bukan sahaja dengan wanita didakwa sebagai perisik, tetapi juga dengan pekerja dalaman NVIDIA sendiri.
Lanjutan daripadanya, kini Elon Musk, pengasas SpaceX dan Tesla membalas komen pengguna di X, sekaligus mengatakan berbeza hati untuk mengambil Jensen Huang untuk bekerja bersama-sama dengan pasukan Elon Musk.

Buat masa ini, ia sekadar sebuah balasan di media sosial sahaja. Tidak diketahui lagi sama ada Jensen Huang akan dibuang sepenuhnya daripada NVIDIA atau sebaliknya. Sementara Elon Musk pula dilihat kini sibuk dalam pembangunan pusat pengeluaran semikonduktor dan cip tersendiri, dinamakan Terafab.
Pihak NVIDIA belum mengumumkan sebarang keputusan atau komen berkaitan Jensen Huang buat masa ini.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.