Star Mengalami Insiden Kebocoran Data, Melibatkan Pangkalan Data StarSearch Dan ESG Awards
Aman
Star Media Group yang terkenal dengan akhbar The Star, kini memaklumkan mereka telah mendapati platform mereka mengalami insiden kebocoran data, terutamanya melibatkan pangkalan data StarSearch (perkhidmatan iklaneka) dan juga ESG Awards.
Selari dengannya, pihak Star Media Group telah memaklumkan para pengguna yang terkesan sejak 4 November 2026 yang lepas. Antara data yang terlibat adalah maklumat peribadi seperti nama, alamat emel, dan nombor kad pengenalan.
Pihak Star Media Group juga turut telah memaklumkan pihak berkuasa berkaitan hal ini pada 30 Oktober 2026 lepas. Buat masa ini, siasatan berkaitan masih sedang dilakukan, dan tidak diketahui lagi siapakah yang mengakses data berkenaan. Pihak Star Media Group turut menyediakan halaman rujukan khusus untuk mendapatkan maklumat lanjut dan bagi mereka yang terkesan untuk berkomunikasi dengan pihak Star.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.