ByteDance Dalam Perancangan Hadir Dengan Ejen AI Peribadi Mirip Muse
Amy Maizuraa
ByteDance dalam perancangan hadir dengan ejen AI peribadi yang mirip Muse milik Meta. Menurut sumber, pengasas bersama syarikat itu, Zhang Yiming mahu ByteDance merapatkan jurang teknologi dengan peneraju industri AI dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Bagi mencapai matlamat tersebut, syarikat itu percaya kekuatannya dalam teknologi penjanaan video berasaskan AI mampu menjadi kelebihan utama.

Ejen AI yang sedang dibangunkan ByteDance dijangka menawarkan fungsi yang hampir sama seperti Muse termasuk membantu pengguna membuat pelbagai tugasan melalui arahan suara. Perkembangan ini menunjukkan persaingan yang semakin sengit dalam kalangan syarikat teknologi untuk membangunkan ejen AI generasi baharu. Meta sudah pun mengintegrasikan Muse ke dalam ekosistemnya, sementara itu perancangan ByteDance dalam aspek tersebut masih belum jelas.

Kelebihan utama ByteDance dalam pembangunan AI terletak pada teknologi penjanaan video berasaskan AI. Melalui TikTok dan platform lain di bawah naungannya, syarikat itu mempunyai akses kepada sejumlah besar data video yang boleh digunakan untuk melatih model AI. Bagi mempercepatkan usaha tersebut, ByteDance dilaporkan bersedia melabur sehingga AS$70 bilion ke dalam Seedance.
Sumber: The Economic Times