Razer Memperkenalkan Kolaborasi Produk Bersama Permua Honkai: Star Rail
Nazrin
Razer, jenama perkakasan dan aksesori gaming terkemuka baru-baru ini telah memperkenalkan kolaborasi bersama permua terkemuka oleh Hoyoverse, iaitu Honkai: Star Rail.

Produk-produk ini termasuklah kerusi gaming Razer Iskur V2 X Newgen Honkai: Star Rail Edition, papan kekunci gaming Razer BlackWidow V4 Tenkeyless Hyperspeed Honkai: Star Rail Edition, tetikus gaming Razer Viper V3 Pro SE Honkai: Star Rail Edition dan fon kepala gaming Razer BlackShark V3 X Hyperspeed Honkai: Star Rail Edition.


Kesemua aksesori-aksesori ini hadir dengan rekaan bertemakan watak Silver Wolf Lv.999 yang merupakan variasi baru watak asal Silver Wolf, sebahagian daripada kumpulan Stellaron Hunters dalam permua tersebut.


Aksesori-aksesori ini akan hadir dengan matawang dalam permainan Stellar Jade yang boleh digunakan untuk mendapatkan watak-watak dan senjata dalam permainan melalui sistem gacha terbina, dan juga 20,000 kredit IPC yang boleh digunakan untuk membeli barang dan menaiktaraf watak dalam permainan.
Pra-tempahan untuk kerusi gaming Razer Iskur V2 X Newgen Honkai: Star Rail Edition sudahpun dibuka, dengan tiga lagi aksesori kini sudah mula ditawarkan di pasaran tempatan pada harga berikut:
- Razer Iskur V2 X Newgen Honkai: Star Rail Edition – RM2199
- Razer BlackWidow V4 Tenkeyless Hyperspeed Honkai: Star Rail Edition – RM859
- Razer Viper V3 Pro SE Honkai: Star Rail Edition – RM519
- Razer BlackShark V3 X Hyperspeed Honkai: Star Rail Edition – RM569
Sumber: Razer