Jensen Huang Meletakkan Jawatan Sebagai CEO, Presiden Dan Ahli Lembaga Pengarah NVIDIA
Nazrin
Setelah beberapa hari dilaporkan bahawa Jensen Huang dikhuatiri curang bersama seorang “pengintip” dari China, dan laporan terbaru bahawa dia juga telah curang bersama seorang lagi eksekutif syarikat; pengasas, CEO dan presiden syarikat teknologi komponen grafik dan AI tersebut mengumumkan bahawa beliau telah meletakkan jawatan di syarikat tersebut secara serta-merta.
Jensen telah memulakan NVIDIA 33 tahun lepas sebagai sebuah syarikat pembangun teknologi grafik yang kini merupakan salah satu syarikat paling penting dalam dunia untuk pembangunan teknologi AI yang bernilai 4.4 trilion yang juga merupakan salah satu syarikat yang paling bernilai di dunia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh NVIDIA, Jensen Huang meletakkan jawatan sebagai Presiden, CEO dan juga ahli lembaga pengarah syarikat tersebut yang berkuat-kuasa serta merta. Colette Kress, Timbalan Presiden Eksekutif dan juga Ketua Pegawai Kewangan NVIDIA akan mengambil-alih tampuk kepimpinan NVIDIA buat masa ini, sebelum mereka memulakan pencarian untuk CEO baharu. Colette telah menyertai NVIDIA sejak September 2013, dan telah memegang jawatan-jawatan tersebut sejak menyertainya.
Dalam pada itu, lembaga pengarah NVIDIA juga telah melantik Harvey C. Jones sebagai pengerusi lembaga pengarah NVIDIA pertama, dengan pemergian Jensen Huang daripada NVIDIA.
Keputusan ini dibuat beberapa hari sebelum pembentangan kewangan syarikat untuk suku ketiga tahun kewangan 2027 yang akan diadakan pada 17 November 2027.
Sumber: NVIDIA