Pengguna X Kini Boleh Muat Naik Sehingga 20 Keping Gambar
November 13, 2026
Effi Saharudin
Pengguna X kini boleh memuat naik sehingga 20 keping gambar dalam satu ciapan ke laman media sosial tersebut hari ini. Kemas kini diberikan awal pagi tadi dengan ia boleh digunakan semua tanpa perlu melanggan kepada akaun Premium.

Menerusi kemas kini ini, X menawarkan had muatan gambar yang lebih tinggi berbandingan hanya 10 sahaja di Threads. Sebelum ini X sekadar membenarkan 4 keping gambar sahaja dimuat naik pada setiap ciapan yang ingin dihantar.
Untuk menggunakan ciri ini, sila kemas kini aplikasi Android dan iOS ke versi terkini. Ia turut boleh digunakan pada pelayar web.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.