Perkhidmatan Microsoft 365 Tergendala Di Seluruh Dunia
Effi Saharudin
Jangan panik sekiranya Outlook anda tidak boleh dibuka hari ini kerana perkhidmatan Microsoft 365 sedang mengalami isu di seluruh dunia. Dalam notifikasi yang diberikan kepada pengguna, Microsoft mengesahkan berlaku gangguan kepada perkhidmatan Microsoft 365 iaitu Exchange Online, Mcirosoft Teams, Sharepoint Online, Microsoft Copilot 365, Microsoft Defender XDR, Microsoft Planner, Microsoft To Do, Microsoft Intune, Microsoft Defender for Office 365, Microsoft Purview, Power BI dan Microsoft 365 Apps Admin Cente.

Pasukan Microsoft sedang berusaha mengembalikan semua perkhidmatan yang tergendala. Antara isu yang dikesan ialah trafik tinggi yang mengakibatkan beban berlebihan dikesan pada sistem. Sebab mengapa gangguan berlaku belum lagi diketahui tetapi ia kini mendatangkan impak kepada pelanggan di Asia yang baru sahaja memulakan hari kerja baharu.
Sedang dikemaskini
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.