Penggabungan SpaceX Dan Tesla Mungkin Diumumkan Seawal Disember Ini
Aman
SpaceX dan Tesla kini dilaporkan akan mengumumkan penggabungan kedua-dua syarikat seawal Disember 2026 ini, sekaligus membentuk sebuah syarikat gergasi yang dimiliki oleh Elon Musk.
Untuk makluman, sebelum ini kedua-dua pihak telah mengumumkan perbincangan yang mungkin membawa kepada penyatuan kedua-dua syarikat berkenaan. Sebelum ini sahaja, beberapa syarikat Elon Musk telah disatukan dibawah SpaceX, termasuk syarikat media sosial X dan juga syarikat kecerdasan buatan xAI.

Syarikat gabungan ini dilihat akan mempunyai sejumlah penawaran dibawah portfolio, daripada kenderaan elektrik, storan bateri, robot, roket, satelit, media sosial, dan juga kecerdasan buatan. Gabungan ini juga dikatakan sesuai memandangkan fokus pasaran ke arah kecerdasan buatan, robotik dan juga kenderaan swapandu.
Pada hari ini, SpaceX dinilaikan sekitar $1.9 trilion, sementara Tesla pula sekitar $1.5 trilion. Kedua-dua syarikat juga sedia bekerjasama dalam pembangunan semikonduktor Terafab sebelum ini.
Pengumuman penyatuan ini juga dikatakan mungkin dipercepatkan agar boleh diumumkan ketika Presiden Donald Trump masih memegang tampuk di Amerika Syarikat. Namun, sejumlah perkara perlu diteliti lanjut dalam memastikan ia tidak menimbulkan kegusaran negara lain, termasuk operasi sedia ada SpaceX dan Tesla di negara-negara lain.