AMD Memperkenalkan Kemaskini Pilihan Untuk Memperbetulkan Isu Menulis Data Pada SSD
Nazrin
Beberapa hari lalu kami telah melaporkan tentang satu isu dimana salah satu proses dalam perisian AMD Software: Adrenalin telah menyebabkan data ditulis pada storan SSD dalam komputer sepanjang masa, dan perkara ini akan menyebabkan isu dimana kesihatan storan tersebut akan kian menurun khususnya apabila komputer anda dipasang sepanjang masa.
Terkini, AMD telah mengumumkan bahawa kemaskini pilihan untuk perisian tersebut, versi 26.11.1 telah diperkenalkan untuk memperbaiki isu yang bermula dari ciri External Events Client Module sebelum ini. Beberapa langkah seperti menutup fungsi External Events dan Resizable BAR/Smart Access Memory untuk menghalang masalah ini, tetapi dengan kemaskini terbaru ini, pengguna kad grafik AMD kini boleh mengaktifkannya semula, dan isu penulisan data pada SSD sepanjang masa ini kini tidak lagi menjadi isu.
AMD juga mengatakan bahawa kemaskini ini adalah untuk kad grafik siri AMD Radeon RX 7000 dan keatas. Dengan kad grafik AMD Radeon RX 5000, penggunaan kemaskini ini dikatakan akan menyebabkan isu perisian pemandu terhenti, jadi ia tidak digalakkan untuk siri kad grafik tersebut dan kebawah.
Jika anda menggunakan kad grafik AMD Radeon yang bersesuaian, anda boleh memuat-turun kemaskini terbaru ini melalui pautan di bawah.
Sumber: AMD Software: Adrenalin 26.11.1