KKM Mengesahkan Pencerobohan Data Telah Berlaku – Sistem Dalaman Tidak Terkesan
Nazrin
Pada minggu lepas, Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan bahawa pencerobohan data telah dilakukan keatas kementerian tersebut, dimana ia telah berlaku melalui platform perkongsian fail salah satu daripada fasiliti Kementerian Kesihatan dimana data yang telah diambil terhad kepada fail sampingan pada fasiliti tersebut sahaja.
Pihak KKM mengatakan bahawa setelah pencerobohan tersebut dikesan, mereka telah memperketatkan keselamatan sistem platform perkongsian fail tersebut, dengan mengehadkan akses dari luar rangkaian dalaman, menukar kata laluan semua pengguna, memperkenalkan sistem pengesahan dwi-faktor dan kini sedang bekerjasama dengan pihak Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) untuk mengetatkan lagi keselamatan data Kementerian tersebut.
Dalam pada itu, pihak KKM juga mengesahkan bahawa sistem-sistem kesihatan mereka yang lain tidak terkesan dengan insiden godaman tersebut, termasuklah perkhidmatan kesihatan dan operasi klinik dan hospital mereka.
Pasukan Tindak Balas Insiden Keselamatan Komputer (CSIRT) dibawah kelolaan KKM juga mengatakan bahawa mereka tidak menemui sebarang bukti bahawa data dan maklumat kritikal telah disulitkan oleh penggodam, dan semua data penting dan sampingan Kementerian boleh diakses tanpa isu.
Sumber: Malay Mail
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.