Siri Honor 700 Hadir Dengan Skrin Sekunder – Bakal Dilancarkan Pada 23 November 2026
Amy Maizuraa
Honor mengesahkan bahawa Honor 700, Honor 700 Pro dan Honor 700S akan dilancarkan di China pada 23 November 2026. Ketiga-tiga model hadir dengan skrin tambahan di bahagian belakang yang menyokong AI dan boleh memaparkan pelbagai fungsi seperti pemain audio, gambar latar, peringatan serta kalendar. Lebih banyak fungsi dijangka ditawarkan menerusi skrin ini.

Siri ini turut dilengkapi bateri Qinghai Lake berkapasiti 9,000mAh serta kamera utama 200MP dengan sokongan fungsi 4K Cinematic Live Photos. Ia juga menyokong aksesori G200 Telephoto Extender dan dikuasai cip Snapdragon kelas mercu termasuk Snapdragon 8 Gen 5. Setakat ini, Honor masih belum mengumumkan harga serta spesifikasi penuh setiap model. Maklumat lanjut dijangka dikongsi semasa acara pelancaran rasmi kelak.
Sumber: Weibo
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.