Selangor Umum Inisiatif “Laptop Kita Selangor” – Akan Agih 8,400 Unit Komputer Riba
Aman
Selain pengumuman berkaitan AI Untuk Rakyat, kerajaan negeri Selangor melalui Belanjawan Negeri Selangor 2027 turut mengumumkan inisiatif “Laptop Kita Selangor”. Dibawah program ini, sebanyak 8,400 unit komputer riba akan diagihkan pada 2027 kelak, memfokuskan kepada genersi muda.
Agihan ini akan dibahagikan, dimana 150 unit komputer riba akan diberikan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri. Model komputer riba yang akan diberikan tidak dinyatakan, tetapi ia dianggarkan akan membawa kos sekitar RM2,000 seunit.
Langkah ini juga memastikan generasi muda mempunyai akses kepada peranti digital, sekaligus membolehkan mereka tidak ketinggalan dalam arena digital dan pada masa yang sama boleh membentuk kemahiran baharu menggunakannya.
Dibawah inisiatif ini, sebanyak RM16.8 juta diperuntukkan.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.