Selangor Akan Salur RM100 Sebulan Selama Setahun Kepada 5000 Anak Selangor Bekerja Gig Penghantar
Aman
Dengan lebih ramai yang bekerja dibawah platform gig, kini Selangor ingin memastikan mereka tidak ketinggalan dan akan menawarkan program latihan berkenaan pendedahan teknologi, dan pada masa yang sama menperlihatkan peluang industi yang boleh diceburi mereka.

Dalam usaha ini, kerajaan Selangor akan menawarkan RM100 sebulan selama setahun kepada 5,000 anak Sealngor yang bekerja sebagai gig penghantar yang berdaftar. Pemberian baucar RM100 ini akan disekalikan dengan penyertaan ke program latihan pendedahan teknologi.
Ia ditekankan yang mana industri gig hanya menyediakan peluang pekerjaan sementara, dan dalam memastikan mereka tidak ketinggalan dari segi bakat dan kemahiran, serta membolehkan naik-taraf kemahiran selari permintaan industri, latihan akan disediakan.
Dengan langkah ini, seramai 5000 anak Selangor yang terlibat akan menerima sejumlah RM1,200 secara keseluruhan pada 2027, apabila diambil-kira RM100 setiap bulan.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.