Facebook Akan Menamatkan Ciri Profil Tambahan Berkuat-kuasa 14 Disember
Aman
Facebook pada 2023 yang lepas, telah memperkenalkan ciri menambah profil kepada akaun anda, sekaligus membolehkan anda mempunyai profil berbeza dengan nama yang sama – digunakan untuk menguruskan senarai rakan berasaskan kepada minat atau situasi berbeza. Sebagai contoh, anda boleh mempunyai akaun profil untuk rakan-rakan sekolah, rakan pejabat, dan lain-lain.

Namun, menurut Facebook, pengenalan ciri ini menambah kesukaran kepada pengguna dalam menggunakannya, disamping membawa cabaran kepada Facebook dalam memberikan pengalaman yang konsisten. Disebabkan oleh hal ini, Facebook akan menamatkan ciri profil tambahan ini berkuat-kuasa 14 Disember 2026.
Selepas tarikh tersebut, semua pengguna akan kembali kepada hanya satu profil asal sahaja, dan profil tambahan akan dipadam sepenuhnya. Profil utama akan boleh digunakan sepenuhnya, dan tidak terjejas dengan perubahan ini.
Bagi anda yang mempunyai profil tambahan ini, boleh mengeksport data profil anda, disamping sekiranya anda menguruskan sesuatu Facebook Groups dengan profil tambahan, perlu menetapkan semula pentadbir menggunakan profil utama anda. Disamping itu, Facebook turut menyediakan panduan dalam membawa senarai rakan-rakan anda daripada profil tambahan ini ke profil utama dengan mudah.