Menteri KUSKOP Minta Platform Edagang Pertimbang Kurangkan Caj Platform Dan Komisen Terhadap Peniaga Kecil
Aman
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Steven Sim, melalui sebuah acara melibatkan TikTok Shop Live Hub x TEKUN, minta platform edagang di Malaysia untuk mengambil inisiatif dalam mengurangkan kos, yuran dan kadar komisen yang dikenakan terhadap peniaga, terutamanya usahawan mikro dan kecil.
Hal ini selari dengan peningkatan kos operasi yang membebankan terutamanya untuk golongan usahawan mikro dan kecil. Menteri turut mengatakan kebanyakkan peniaga kecil mempunyai margin keuntungan yang terhad, dan peningkatan caj platform memberikan kesan terhadap pendapatan mereka.
Platform edagang juga diminta perlu pertimbang pelaksanaan struktur yuran dan komisen secara berperingkat dengan kadar yang lebih berpatutan.
Platform edagang seperti Shopee dan TikTok Shop mengenakan caj platform dan komisen terhadap peniaga dan penjual, dan ia dikenakan berasaskan kepada kategori sesuatu produk tersebut dijual. Caj ini juga sering kali dinilai semula, dan telah mengalami peningkatan beberapa kali dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Disamping itu, Rang Undang-Undang Edagang juga dijangka dibentangkan oleh kerajaan tidak lama lagi.