Jensen Huang Pertimbang Untuk Kembali Semula Sebagai CEO NVIDIA
Aman
Jensen Huang kini dilaporkan pertimbang semula untuk kembali sebagai CEO NVIDIA, selepas meletakkan jawatan pada minggu lepas. Langkah ini dilihat lanjutan daripada ramai pekerja NVIDIA yang tanda tangan petisyen untuk kembalikan Jensen Huang, disamping sokongan daripada pelbagai tokoh korporat di Amerika Syarikat.

Jensen Huang pada Khamis lepas telah meletakkan jawatan, selepas didapati mempunyai hubungan sulit dengan beberapa pekerja, dan salah seorang wanita yang disyaki sebagai perisik China. Skandal berkenaan turut membawa kepada pelbagai siasatan lanjutan, termasuk melibatkan penghantaran dan penawaran cip ke syarikat China.
Menurut laporan, ramai yang menyukai Jensen Huang, termasuk sokongan yang diperlihatkan oleh Jensen sebelum ini – terutamanya dalam pembangunan syarikat-syarikat AI dan lain-lain.
Buat masa ini, pihak NVIDIA masih belum mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan hal ini. Pada minggu lepas, ia turut diperkatakan NVIDIA sedang pertimbang beberapa calon untuk menjadi CEO NVIDIA, selepas Jensen Huang meletakkan jawatan.