Meta Didenda €805 Juta Di Itali Kerana Mengakses Gambar dan Video Pengguna Android
Effi Saharudin
Pengawal selia perlindungan data Itali mengenakan denda €805 juta (~RM 4 bilion) ke atas Meta kerana didakwa mengakses foto dan video pengguna Android tanpa persetujuan atau makluman yang mencukupi.

Denda adalah berkaitan dengan ciri dalam aplikasi Facebook yang mencadangkan kandungan daripada galeri peranti pengguna untuk dikongsi ke platform. Pihak berkuasa mendapati ia dilakukan tanpa persetujuan yang berasingan dan jelas kepada pengguna.
Selain didenda lebih RM4 bilion, Meta turut diarahkan supaya mematikan ciri ini secara lalai dalam aplikasi. Mereka juga perlu mendapatkan kebenaran daripada pengguna sebelum ciri boleh diaktifkan. Denda yang tinggi dikenakan kerana terdapat lebih 29 juga pengguna Android di Itali.
Meta mengeluarkan kenyataan rasmi akan melakukan rayuan ke atas keputusan ini. Mereka mengatakan denda yang dikenakan “tidak seimbang”. Malahan ciri adalah untuk memudahkan pengguna berkongsi gambar dan video ke Facebook.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.