SpaceX Berjaya Mendaratkan Semula Kapal Angkasa Starship Ke Bumi
Effi Saharudin
Selepas 15 kali pelancaran kapal angkasa Starship dilakukan, SpaceX akhirnya berjaya mendaratkannya semula ke bumi dengan selamat. Kejayaan ini memberikan harapan Misi Artemis ke bulan akan ke fasa seterusnya kerana Starship ialah salah satu daripada dua kapal angkasa yang akan digunakan untuk misi ke permukaan bulan.

Starship dilancarkan ke angkasa lepas menggunakan roket Super Heavy pada Jumaat lalu dari Boca China, Texas. Selepas dilancarkan, Super Heavy kembali semula ke bumi sebelum isu menyebabkan ia diarahkan mendarat pada permukaan laut sebelum meletup secara mengejut.
Starship meneruskan misi ke angkasa lepas dan melancarkan 26 satelit Starlink V3 ke orbit bumi rendah. Selepas 22.5 jam dilancarkan ke angkasa lepas, Starship kembali semula ke bumi pada pagi Ahad waktu Malaysia. Ia menggunakan sistem roket untuk kembali ke tapak pelancaran sebelum dua mekanisme penyepit menangkapnya semula. Tidak seperti Super Heavy, Starship tidak mempunyai “kaki” untuk mendarat ke permukaan bumi bagi mengurangkan berat.
Sebelum ini semua pelancaran Starhip berakhir dengan ia meletup sebelum sampi ke orbit atau diarahkan mendarat di atas permukaan Lautan Hindi. Misi ke-15 ini bukan sahaja kali pertama Starship kembali dengan selamat tetapi ia turut menjadi roket tahap kedua pertama dalam sejarah berjaya dikembalikan semula ke bumi.