Perkhidmatan Microsoft 365 Tergendala Minggu Lalu Bukan Disebabkan Serangan Siber
Effi Saharudin
Jumaat lalu perkhidmatan Microsoft 365 tergendala di seluruh dunia. Antara yang tidak boleh diakses ialah Exchange Online, Mcirosoft Teams, Sharepoint Online, Microsoft Copilot 365, Microsoft Defender XDR, Microsoft Planner, Microsoft To Do, Microsoft Intune, Microsoft Defender for Office 365, Microsoft Purview, Power BI dan Microsoft 365 Apps Admin Cente. Perkhidmatan hanya kembali pulih sepenuhnya selepas 30 jam masalah dikesan.

Microsoft telah mengeluarkan kenyataan menafikan gangguan berlaku disebabkan oleh serangan siber, penggodaman, atau sebarang aktiviti berniat jahat. Sebaliknya insiden tersebut merupakan satu isu teknikal yang berlaku semasa kerja-kerja peningkatan kapasiti rangkaian yang dijalankan sebelum ini. Isu ini timbul susulan perubahan rangkaian yang dilakukan baru-baru ini, menyebabkan pelayan tidak dapat diakses secara tiba-tiba dan mengakibatkan beban infrastruktur meningkat.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.