Samsung Malaysia Akan Perkenal Integrasi ShopeePay Di Samsung Wallet Tidak Lama Lagi
Samsung kini menyatakan mereka akan memperkenalkan ciri pembayaran QR melalui ShopeePay di Samsung Wallet, dan juga sokongan Samsung Pay di Shopee dalam beberapa bulan lagi.

Dengan langkah ini, pengguna Samsung Wallet dengan mudah boleh melakukan imbasan kod QR dan membayar menggunakan pembayaran yang telah ditetapkan pada akaun ShopeePay. Ini turut akan membolehkan pengguna menerima Shopee Coins untuk beberapa transaksi terpilih.
Disamping itu, pengguna Shopee pula boleh memilih pilihan Samsung Pay ketika melakukan pembayaran, selain turut boleh menggunakan SPayLater untuk pembelian barangan Samsung di laman rasmi Samsung.
Ciri ini telah diaktifkan di Singapura dan Vietnam, dan seterusnya dijangka hadir ke Mlaaysia dalam beberapa bulan lagi.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.