Syarikat-Syarikat Pengeluar Komponen Memori Gagal Membatalkan Kes Saman Terhadap Mereka
Nazrin
Samsung, SK Hynix dan Micron adalah tiga buah syarikat yang memegang lebih 91 peratus pasaran pengeluaran komponen memori global, yang telah memperlihatkan peningkatan harga hampir tujuh kali ganda sejak tahun 2022.
Saman anti-kepercayaan (antitrust) ini telah difailkan oleh 17 individu dan beberapa syarikat kecil pada bulan Jun tahun ini, mengatakan bahawa perbuatan ketiga-tiga syarikat ini untuk memindahkan kapasiti pengeluaran memori dari komponen memori untuk pengguna (DRAM) kepada kapasiti pengeluaran untuk mesin pelayan dan pusat data (HBM), menyebabkan komponen memori untuk pengguna semakin berkurangan, dan mahal.

Micron khususnya telah menutup anak syarikat memori pengguna mereka, Crucial pada awal tahun ini untuk memfokuskan kemampuan pengeluaran komponen mereka sepenuhnya kepada komponen memori untuk syarikat OEM dan pengeluaran memori GDDR, HBM yang dilaporkan memberi pulangan keuntungan yang jauh lebih tinggi berbanding dengan apa yang ditawarkan melalui komponen DDR dan LPDDR untuk pasaran pengguna.
Ketiga-tiga syarikat telah cuba untuk membatalkan pemohonan saman ini, mengatakan bahawa ia hanyalah pemohonan saman sama yang dilakukan sepanjang tahun-tahun 2016 ke 2018 yang akhirnya telah dibatalkan pada 2022.

Pihak mahkamah California mengatakan bahawa terdapat kebarangkalian bahawa ketiga-tiga syarikat melanggar Seksyen 1 Akta Sherman yang mengatakan bahawa sebarang kontrak, gabungan, atau konspirasi yang menyekat perdagangan antara negeri atau perdagangan luar secara tidak munasabah adalah perbuatan terlarang di Amerika Syarikat.
Ketiga-tiga syarikat diberi masa sehingga 7 Disember tahun ini untuk menjawab saman tersebut, dimana selepas itu, persidangan pengurusan kes awal akan diadakan pada 12 Januari 2027.
Sumber: LitNews