WhatsApp Membangunkan Fungsi “Zaps” Untuk Perkongsian Kandungan Sementara
Amy Maizuraa
WhatsApp sedang membangunkan ciri baharu dikenali sebagai Zaps yang membolehkan pengguna menghantar imej dan video yang hanya boleh dilihat sekali. Meskipun mempunyai persamaan dengan Instant di Instagram, ciri ini sebenarnya lebih menyerupai fungsi View Once yang sedia ada di WhatsApp.

Menerusi Zaps, pengguna boleh berkongsi imej atau video yang hanya boleh dilihat sekali oleh penerima sebelum hilang secara automatik. Walaupun kandungan tersebut tidak lagi boleh diakses selepas dibuka, penerima masih boleh memberikan reaksi emoji dan membalasnya menerusi ruang sembang.
WhatsApp juga akan memaparkan Zaps terus dalam perbualan tanpa ruangan khas. Jika beberapa Zaps dihantar dalam sembang yang sama, ia akan digabungkan dalam satu paparan bagi memastikan antara muka kekal kemas dan mudah diikuti. Sebagai contoh, dua Zaps akan dipaparkan sebagai “2 Zaps” dan bukannya dua mesej berasingan.
WhatsApp turut merancang untuk memperluaskan penggunaan Zaps kepada lebih ramai pengguna termasuk menerusi saluran (Channels). BNamun begitu, perkara itu masih belum disahkan. Buat masa ini, ciri ini masih dalam pembangunan dan belum tersedia kepada pengguna.
Sumber: WABetaInfo