Alibaba Perkenal Model AI Mercu Terbaru – Qwen4-Max
Aman
Alibaba hari ini secara rasminya memperkenalkan model AI mercu terbaru mereka, iaitu Qwen4-Max. Ia hadir dengan pelbagai penambah baikkan, terutamanya memfokuskan kepada dalam digunakan untuk tujuan kompleks dan tugasan saintifik.

Pihak pembangun Qwen sendiri menyatakan model ini dioptimasikan untuk kerja, tugasan kreativiti, penemuan, pembangunan model 3D, pembangunan permainan, pengilangan, kewangan, perundangan, kesihatan dan beberapa yang lain.
Model baharu ini juga menawarkan prestasi lebih baik berbanding Qwen3.8-Max, dan boleh digunakan dengan kadar token lebih rendah. Alibaba turut menekankan model ini dilatih dengan kawalan sekuriti, sekaligus mengurangkan sebarang kerentanan ketika pembangunan kod atau pengaturcaraan. Ini juga membolehkan model mereka dielak daripada digunakan untuk serangan siber, dan pelbagai penyalahgunaan.
Alibaba telah mula menawarkan akses kepada Qwen4-Max melalui Qwen Studio, QwenWork dan Qoder. Alibaba turut merancang penawaran model Qwen4 kecil kepada umum dalam bentuk sumber terbuka tidak lama lagi.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.