Apple TV Turut Akan Menambah Kandungan Podsiar Untuk Tontonan Percuma
Aman
Podsiar kini nampaknya menjadi fokus pelbagai pihak dalam mendapatkan para pengguna terikat dengan platform masing-masing. Selain YouTube dan Spotify, kini Apple TV turut dilihat akan menambah akses kepada podsiar dalam bentuk video.
Menurut laporan NYTimes, Apple TV telah mula memberikan akses kepada podsiar kepada para pembangun, dan ia dijangka diperkenalkan kepada pengguna awam tidak lama lagi. Melalui Apple TV sebuah bahagian khusus diperkenalkan bagi memudahkan akses pelbagai kandungan podsiar ini. Ia boleh diakses semua tanpa keperluan untuk mempunyai langganan Apple TV+.
Buat masa ini, tiada sebarang tarikh pelancaran diberikan. Mungkin kita akan melihat pengenalan dengan fokus terhadap kandungan terbitan barat berbahasa Inggeris sebelum Apple TV mempunyai katalog yang lebih menyeluruh pelbagai bahasa.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.